Operasi keselamatan bersepadu

Ekosistem WatchSentra

WatchSentra dibangunkan secara dalaman oleh Jabatan IT Panji Zaman Security, hasil gabungan pengalaman operasi keselamatan sebenar dan kepakaran teknologi maklumat. Platform digital ini memudahkan pemantauan yang lebih telus, tersusun dan teratur untuk pelanggan, penyelia serta anggota keselamatan.

Dibina secara dalaman. Berpaksikan operasi sebenar.

Smart Security.
Smarter Building Management.

WatchSentra menghubungkan anggota keselamatan, penyelia, pengurusan bangunan dan pelanggan melalui satu ekosistem digital bersepadu oleh Panji Zaman Security. Semak rekod yang tersedia, pantau penugasan dan dapatkan maklumat penting dengan lebih mudah.

Terokai fungsi ↓Manfaat & hala tuju ↓
Portal pelanggan desktop WatchSentra menggunakan data demo
Portal pelanggan WatchSentra pada telefon
01Ketelusan operasi

Semak rekod kehadiran, rondaan dan insiden yang tersedia.

02Pengesanan lebih awal

Penemuan rondaan membantu mengenal pasti kerosakan dan risiko.

03Rekod tersusun

Rujuk laporan, gambar dan sejarah pemeriksaan dengan lebih mudah.

04Pemantauan pelanggan

Akses modul portal mengikut skop perkhidmatan dipersetujui.

Terokai fungsi

Kenali fungsi WatchSentra.

Pilih modul. Tekan screenshot untuk melihat paparan dengan lebih jelas.

Portal Pelanggan

Maklumat perkhidmatan yang lebih tersusun.

Portal pelanggan WatchSentra menghimpunkan rekod operasi serta dokumen perkhidmatan dalam paparan yang jelas untuk pemantauan pelanggan.

  • Maklumat kehadiran dan jadual tugas harian
  • Laporan insiden, rondaan dan perkhidmatan bulanan
  • Invois, lampiran dan penilaian perkhidmatan
Bincangkan keperluan tapak anda →

Paparan menggunakan data demo untuk penerangan fungsi kepada umum. Konfigurasi tapak dan akses dipersetujui bersama pelanggan.

Kenali ekosistem

Daripada rekod keselamatan kepada pengurusan bangunan yang lebih jelas.

Buka setiap kad untuk memahami manfaat praktikal, skop perkhidmatan dan perancangan pembangunan.

Anggota Panji Zaman menyemak rekod tapak
Contoh situasi sebenar

Kebocoran paip ditemui ketika rondaan.

Jadikan penemuan di tapak sebagai rekod yang jelas untuk tindakan susulan.

  1. Rekod lokasi penemuan.
  2. Ambil gambar dan terangkan masalah.
  3. Hantar laporan melalui sistem.
  4. Pihak berkaitan menyemak maklumat untuk tindakan.
01Apa Itu WatchSentra?

WatchSentra ialah platform pengurusan keselamatan digital yang dibangunkan oleh Panji Zaman Security (M) Sdn Bhd untuk memberikan perkhidmatan keselamatan yang lebih cekap, telus dan mudah dipantau oleh pelanggan.

Melalui WatchSentra, perkhidmatan keselamatan bukan lagi sekadar menyediakan pengawal di pintu masuk atau menjalankan rondaan.

Ia menghubungkan anggota keselamatan, penyelia, pihak pengurusan bangunan dan pelanggan melalui satu sistem digital bersepadu.

Matlamat WatchSentra adalah untuk membantu pelanggan mengurus keselamatan, memantau operasi bangunan dan mendapatkan maklumat penting dengan lebih cepat.

02Apa Yang Pelanggan Akan Dapat?

Pelanggan yang menggunakan perkhidmatan Panji Zaman Security boleh diberikan akses kepada WatchSentra Client Portal, mengikut skop perkhidmatan dan modul yang dipersetujui.

Melalui portal ini, pelanggan boleh mendapat kemudahan seperti:

  • Live Attendance: Melihat status kehadiran pengawal keselamatan di bangunan.
  • Duty Monitoring: Menyemak anggota yang dijadualkan dan sedang bertugas.
  • Patrol Monitoring: Menyemak rekod rondaan keselamatan.
  • Incident Reports: Mengakses laporan kejadian dan maklumat berkaitan.
  • Daily Reports: Melihat laporan operasi harian.
  • Monthly Reports: Mendapatkan ringkasan prestasi perkhidmatan keselamatan.
  • Digital Records: Mengurangkan kebergantungan kepada laporan manual.

Sebagai contoh, pengurus bangunan tidak perlu menunggu laporan dihantar melalui WhatsApp semata-mata untuk mengetahui status operasi keselamatan.

Maklumat berkaitan boleh disemak melalui portal pelanggan.

03Bagaimana WatchSentra Membantu Pengurusan Bangunan?

WatchSentra direka bukan sahaja untuk mengurus pengawal keselamatan, tetapi juga membantu pihak pengurusan bangunan mengenal pasti isu yang berlaku di kawasan mereka.

Contoh situasi:

Seorang pengawal menjalankan rondaan di kawasan parkir dan mendapati terdapat kebocoran paip.

Melalui WatchSentra, pengawal boleh:

  1. Merekod lokasi penemuan.
  2. Mengambil gambar kerosakan.
  3. Menyediakan laporan ringkas.
  4. Menghantar laporan melalui sistem.
  5. Membolehkan pihak berkaitan menyemak maklumat untuk tindakan lanjut.

Kaedah yang sama boleh digunakan untuk melaporkan:

  • Lampu rosak.
  • Kebocoran air.
  • Pintu keselamatan bermasalah.
  • Lif mengalami gangguan.
  • Sampah atau kawasan tidak diselenggara.
  • Laluan kecemasan terhalang.
  • Kerosakan kemudahan awam.
  • Aktiviti mencurigakan.
  • Risiko kemalangan.

Kelebihan kepada pelanggan: Masalah bangunan dapat dikenal pasti lebih awal melalui pemeriksaan keselamatan yang dilaksanakan setiap hari.

04Rondaan Keselamatan Yang Lebih Telus

WatchSentra menggunakan sistem rondaan digital untuk membantu merekod pemeriksaan keselamatan.

Setiap checkpoint boleh menggunakan QR Code, dengan sokongan teknologi tambahan mengikut kesesuaian lokasi.

Pelanggan mendapat manfaat melalui:

  • Rekod rondaan yang tersusun.
  • Maklumat tarikh dan masa pemeriksaan.
  • Paparan lokasi checkpoint.
  • Laporan penemuan bergambar.
  • Sejarah pemeriksaan untuk rujukan.
  • Pemantauan pelaksanaan rondaan.

Ini membolehkan pelanggan menilai pelaksanaan perkhidmatan keselamatan berdasarkan rekod operasi, bukan hanya laporan secara lisan.

Pengembangan dirancang

Hala tuju berpandukan keperluan bangunan.

Pengembangan berikut dirancang atau dicadangkan. Ketersediaan, peralatan, integrasi dan skop akan dinilai bersama pelanggan.

05Visitor Management System – Pembangunan Akan Datang
Perancangan / pembangunan akan datang

WatchSentra dirancang untuk menyediakan sistem pengurusan pelawat digital yang lebih mudah dan pantas.

Antara kemudahan yang dicadangkan:

Pendaftaran Pelawat

  • Pelawat mendaftar melalui sistem digital.
  • Maklumat lawatan direkodkan.
  • Masa masuk dan keluar disimpan.
  • Sejarah lawatan boleh dirujuk oleh pihak yang dibenarkan.

Pre-Registration

  • Penghuni atau pihak pengurusan boleh mendaftarkan pelawat lebih awal.
  • Kod QR boleh diberikan kepada pelawat.
  • Pengawal mengimbas QR semasa ketibaan.
  • Maklumat lawatan disemak sebelum kemasukan dibenarkan.

Repeat Visitor

  • Maklumat pelawat terdahulu boleh digunakan semula mengikut polisi penyimpanan data.
  • Proses pendaftaran lawatan seterusnya menjadi lebih pantas.

Kemudahan ini sesuai untuk bangunan pejabat, kawasan kediaman, kondominium dan premis komersial.

06Vehicle & Parking Management – Pembangunan Akan Datang
Perancangan / pembangunan akan datang

WatchSentra turut mempunyai perancangan untuk membantu pengurusan keluar masuk kenderaan.

Antara fungsi yang dicadangkan:

  • Pendaftaran nombor plat.
  • Rekod kenderaan pelawat.
  • Rekod masa masuk dan keluar.
  • Sejarah lawatan kenderaan.
  • Pendaftaran awal kenderaan.
  • Pengesahan kenderaan semasa keluar.
  • Integrasi pengecaman nombor plat automatik (ANPR) pada masa hadapan.

Pengurusan Parkir

Fungsi masa hadapan yang boleh diterokai termasuk:

  • Pengurusan parkir pelawat.
  • Pendaftaran kenderaan penghuni.
  • Pemantauan kenderaan yang melebihi tempoh dibenarkan.
  • Rekod kesalahan parkir.
  • Laporan kenderaan yang menghalang laluan.
  • Pengurusan akses parkir berdasarkan kebenaran.

Pelaksanaan fungsi tertentu mungkin memerlukan peralatan atau integrasi tambahan.

07Contractor Management
Perancangan / pembangunan akan datang

Bagi bangunan yang menerima ramai kontraktor, WatchSentra boleh dikembangkan untuk membantu merekod aktiviti kerja.

Kemudahan yang dirancang:

  • Pendaftaran syarikat kontraktor.
  • Maklumat pekerja.
  • Tujuan dan lokasi kerja.
  • Nombor permit kerja.
  • Masa masuk dan keluar.
  • Rekod kerja yang dijalankan.
  • Sejarah lawatan kontraktor.

Ini membantu pihak pengurusan mengetahui kontraktor yang berada di bangunan serta tujuan kehadiran mereka.

08Pengurusan Aduan & Kerosakan Bangunan – Future Development
Perancangan / pembangunan akan datang

WatchSentra berpotensi dikembangkan menjadi saluran pengurusan aduan bangunan.

Contohnya, penghuni melaporkan lampu koridor rosak.

Melalui fungsi yang dirancang:

  1. Aduan didaftarkan.
  2. Gambar kerosakan dilampirkan.
  3. Lokasi dikenal pasti.
  4. Aduan disalurkan kepada pihak pengurusan.
  5. Status tindakan dikemas kini.
  6. Pengadu boleh menyemak perkembangan aduan.

Kategori aduan boleh merangkumi kebersihan, penyelenggaraan, keselamatan, kemudahan awam dan gangguan perkhidmatan.

Fungsi ini dapat membantu pengurusan bangunan mengurangkan aduan yang tercicir atau tidak mempunyai rekod tindakan.

09JMB & Management Corporation – Future Development
Perancangan / pembangunan akan datang

Bagi bangunan kediaman berstrata, WatchSentra mempunyai potensi untuk diperluaskan kepada fungsi sokongan pengurusan JMB dan MC.

Cadangan fungsi termasuk:

Maintenance Fee & Collection

  • Paparan rekod caj penyelenggaraan.
  • Semakan baki tertunggak.
  • Notifikasi peringatan bayaran.
  • Rekod pembayaran.
  • Paparan status akaun penghuni.

Resident Management

  • Pendaftaran unit kediaman.
  • Maklumat penghuni.
  • Pendaftaran kenderaan.
  • Pengurusan pelawat.
  • Pengurusan akses kemudahan.

Facility Management

  • Tempahan dewan.
  • Tempahan kemudahan bersama.
  • Pengurusan aduan.
  • Notis pengurusan.
  • Rekod penyelenggaraan.

Access Management

  • Pengurusan kebenaran akses penghuni.
  • Rekod akses pelawat.
  • Penyelarasan status akses berdasarkan polisi JMB/MC dan kelulusan pihak yang berkenaan.

Fungsi kutipan dan pembayaran memerlukan pembangunan, kawalan akses serta pengesahan proses kewangan yang berasingan.

Nilai untuk organisasi anda

Perkhidmatan, teknologi dan hala tuju yang lebih jelas.

10Apa Kelebihan WatchSentra Berbanding Perkhidmatan Keselamatan Konvensional?
Perkhidmatan konvensionalDengan WatchSentra
Kehadiran melalui buku logRekod kehadiran digital
Rondaan dicatat secara manualRekod checkpoint digital
Laporan dihantar melalui WhatsAppLaporan tersusun dalam portal
Pelanggan perlu meminta rekodPelanggan boleh menyemak rekod yang tersedia
Laporan kerosakan secara lisanLaporan bergambar
Dokumen disimpan berasinganMaklumat operasi lebih berpusat
Semakan operasi secara berkalaPemantauan digital yang lebih mudah

Perbezaan utama WatchSentra ialah integrasinya dengan perkhidmatan keselamatan Panji Zaman.

Pelanggan bukan sekadar mendapatkan tenaga pengawal keselamatan, tetapi turut mendapat sokongan pengurusan operasi melalui teknologi digital.

11Adakah WatchSentra Percuma Jika Melantik Panji Zaman Security?
Cadangan penawaran · tertakluk kepada kontrak

Cadangan penawaran komersial:

Pelanggan yang melantik Panji Zaman Security boleh menikmati akses kepada fungsi asas WatchSentra Client Portal tanpa caj langganan sistem tambahan, tertakluk kepada pakej perkhidmatan dan persetujuan kontrak.

Fungsi asas yang boleh ditawarkan termasuk:

  • Live Attendance.
  • Rekod kehadiran bulanan.
  • Laporan insiden.
  • Laporan harian.
  • Ringkasan operasi.
  • Akses portal pelanggan.

Bagi modul tambahan seperti Visitor Management, Vehicle Management, Parking Management, integrasi ANPR atau sistem pengurusan JMB, kos pelaksanaan boleh dinilai berdasarkan keperluan sebenar.

Ini termasuk kos perkakasan, integrasi, penyesuaian sistem dan penyelenggaraan tambahan jika berkaitan.

Prinsip penawaran: Pelanggan mendapat nilai tambah digital bersama perkhidmatan keselamatan, tanpa perlu membeli sistem pengurusan keselamatan asas secara berasingan.

Nota: Ini merupakan cadangan model penawaran, bukan pengesahan bahawa semua modul atau kemudahan telah diluluskan untuk diberikan secara percuma.

12Manfaat Kepada Pemilik & Pengurusan Bangunan

Ketelusan Operasi

Pelanggan mempunyai akses yang lebih mudah kepada maklumat perkhidmatan keselamatan.

Kecekapan Pengurusan

Rekod digital membantu mengurangkan masa yang diperlukan untuk mendapatkan laporan.

Pengesanan Masalah Lebih Awal

Anggota keselamatan boleh membantu mengenal pasti kerosakan dan risiko semasa menjalankan rondaan.

Dokumentasi Lebih Tersusun

Laporan, gambar dan sejarah pemeriksaan boleh dirujuk apabila diperlukan.

Pengalaman Pelawat Lebih Baik

Pengurusan pelawat dan kenderaan digital yang dirancang dapat membantu mempercepatkan proses pendaftaran.

Sokongan Pengurusan Bangunan

Pengembangan masa hadapan berpotensi menghubungkan pengurusan keselamatan dengan aduan, penyelenggaraan, parkir dan perkhidmatan penghuni.

13Hala Tuju Masa Depan WatchSentra

WatchSentra akan terus dibangunkan secara berperingkat untuk memberi manfaat kepada pelanggan.

Antara bidang pembangunan yang dirancang:

  • Digital Visitor Management.
  • Vehicle Entry & Exit Management.
  • Smart Parking Management.
  • Contractor Registration.
  • Building Maintenance Reporting.
  • Resident & Tenant Management.
  • JMB/MC Management Support.
  • Maintenance Fee Collection Support.
  • Facility Booking.
  • Digital Notices & Announcements.
  • ANPR Vehicle Recognition.
  • Integrated Client Dashboard.

Setiap pembangunan akan dinilai berdasarkan keperluan pelanggan, kesesuaian operasi dan skop perkhidmatan.

14Kesimpulan

WatchSentra membawa pendekatan baharu kepada perkhidmatan keselamatan Panji Zaman Security.

Perkhidmatan keselamatan bukan lagi terhad kepada kawalan pintu masuk, rondaan dan laporan manual.

Melalui WatchSentra, pelanggan boleh memperoleh akses yang lebih mudah kepada maklumat operasi, rekod pemeriksaan, laporan keselamatan serta kemudahan digital yang terus berkembang.

Bagi pengurusan bangunan, WatchSentra berpotensi menjadi platform sokongan yang menghubungkan keselamatan, pelawat, kenderaan, penyelenggaraan dan pengurusan kemudahan.

Panji Zaman Security bukan sekadar menyediakan pengawal keselamatan. Kami membangunkan penyelesaian digital untuk membantu pelanggan mengurus bangunan dengan lebih cekap.

WATCHSENTRA

Smart Security. Smarter Building Management.

WATCHSENTRA

Smart Security. Smarter Building Management.

Panji Zaman Security bukan sekadar menyediakan pengawal keselamatan. Kami membangunkan penyelesaian digital untuk membantu pelanggan mengurus bangunan dengan lebih cekap.

Bincangkan Keperluan Bangunan

Pensijilan Kami

Sijil

WatchSentraINTERACTIVE DEMO · DATA CONTOH